WELCOME TO SIGADISCHEESE'S BLOG.
SIGADISCHEESE









Dalaman dan Luaran Berbeza
11 June 2013 | 5:02 PM | 0 comments

kadang-kadang dalaman orang lain luaran orang lain.
kadang-kadang dalaman suci luaran kotor.
kadang-kadang dalaman kotor luaran suci.
kadang-kadang dalaman bahagia luaran menderita.
kadang-kadang dalaman menderita luaran bahagia.
kadang-kadang dalaman sihat luaran sakit.
kadang-kadang dalaman sakit luaran sihat.

Apa rasa bila sakit dalaman? Apa ubatnya sakit dalaman ni? Kenapa fikiran lain kenapa perbuatan lain?
Terlalu banyak persoalan yang tiada jawapannya. Mencari-cari jawapan bukan mudah bukan senang. Apetah lagi merasainya mengalaminya. Hanya kita yang rasa akan rasa apa yang kita rasa. Kita hanya mampu berkongsi tapi mereka tidak akan dapat merasa sebenar-benar sakit tu. Sungguh sakit.


Kenapa yang manis kita simpan dan kenang? Dan kenapa yang pahit kita simpan juga dan sangat payah untuk membuangnya? Kenapa yang pahit tu sakit untuk telan? Perlu ke ingat semua yang pahit? Perlu. dan KENAPA ENTRY NI PERASAAN SUNGGUH?

Halang la semampu yang boleh, kawal la selagi boleh dikawal tapi kalau hati tu tetap hendak melawan dia akan melawan. Tak ada gunanya untuk kita menghalang sesuatu tanpa dia rasa ingin dihalang dan dikawal dengan ikhlas. Pokok pangkal HATI dan NIAT.

Kadang-kadang kita jadi marah, suka, bahagia, ego, selfish dan lain-lain semuanya bersebab. Tak ada perkara yang berlaku tak ada sebabnya.



Kadang-kadang kita terlalu inginkan kesempurnaan sampai kita lupa tiada apa yang sempurna melainkan DIA.





Older Post | Newer Post