WELCOME TO SIGADISCHEESE'S BLOG.
SIGADISCHEESE









Setiap dugaan pasti ada hikmah disebaliknya.
11 April 2013 | 1:56 PM | 0 comments
Assalamualaikum, 
11 April 2013, tepat pukul 12tengahari tadi sedang leka menyapu rumah tetiba bunyi hon motor. Dalam hati aku berbisik, aku takda shopping online pun, apa yang poslaju ni nak hantar. Sekali dapat sampul surat ekspress, okay. Dah agak ni mesti transkrip dari kolej. Takpe, kita koyakkan sampul surat and see what I got for the last semester. 

*tarik nafas lega*
fuhhhh.. Alhamdulillah, result for the last sem cemerlang. Rasa macam nak pengsan. Rasa macam nak pitam. Bukan apa, rasa macam last semester ni susah. Walhal cuma industrial training. Tapi nasib ayu berbeza dengan kawan yang lain. Mungkin. 

*flashback*
Excited nak LI esok, malam tu ayu baru balik dari sabah. Then bangun pun lambat la kan, first day practical datang lambat, kene marah dengan boss. phewww sabar jela. Dari situ dah rasa lain. Tapi malas nak fikir. Gedebuk! Satu kotak besar boss bawak letak atas meja memasing. Ayu LI dengan kawan lelaki yang lain. Is, Apis, Amzar, (bukan nama sebenar) First day dah kene bebel habis-habis. Tapi sabar jela sebab kita semua budak baru nak belajar kan. Tengok sekeliling office, mana orang lain? Takde staff lain ke? hm takpe, mungkin diorang cuti. After that boss terangkan macam mana rules dekat situ. She said no prayer. Whattheee -..-' Rasa macam nak tempeleng pun ada jugak. OK sabar. Then dia cakap jangan kotorkan toilet sebab toilet dia bersih. Ok. Kita tengok sesama. Ayu pun pergila masuk toilet cari2 paip air takde, kepala paip air pun takde. Wadehellll. what's going on? bengang  jee rasa. Tahan jela apa yang patut tahan kan.

2nd day, 3rd day, 4th day, berjalan macam 4years! Gila stress, rasa macam nak lari jauh-jauh. Dalam fikiran ni rasa macam nak extend. Malam-malam nangis, tak pernah nangis serta beban kat kepala otak ni rasa macam berat sangat. Malas nak cerita apa yang kiteorang rasa sepanjang 4hari LI tu. Kiteorang je rasa apa yang kiteorang kena. NO LIFE! 

5th day, apis text cakap ayu tak payah datang la. kiteorang tak nak datang lagi. Bayangkan lah kalau lelaki dah tak tahan LI macam tu apatah ayu yang perempuan ni. Dialah boss, dialah angkat call, dialah fotostat semuanya dia. Rasa lain kan. hmm Dahtu ayu pergi cakap dengan ayah nangis-nangis. Tak pernah k nangis depan ayah macam ni. Berjurai-jurai air mata. Yang mampu ayu cakap masa tu 'ayun tak nak LI lagi'. Then ayah terus cakap okay, pergi rehat. 

Lepastu call college minta tukar semua alhamdulillah pihak college bagi kiteorang cari tempat LI baru atas semua sebab yang sangat munasabah. Bayangkan la macam mana nak cari tempat LI untuk 4orang satu tempat? bayangkan lah macam mana nak cari tempat LI dalam masa yang sangat singkat, seminggu je. Nak hantar resume lagi, nak hantar surat itu ini, macam-macam soalan yang ayu dapat dari co lagi mengatakan kenapa you nak tukar tempat LI. Mesti orang akan fikir ayu ni bermasalah. 


After that, Apis dapat carikan tempat LI kiteorang dengan masa yang ditetapkan. Sangat bersyukur sebab kiteorang dapat sebab kalau tak dapat kiteorang kena extend. Alhamdulillah tempat LI baru ni sangat la selesa. Dorang ajar semuanya dengan baik. Masa tu fikir mungkin ada hikmah disebaliknya. Ayu menjalani LI macam biasa. Baru rasa yang ayu sedang menjalani latihan industri. Kalau tak rasa macam menjalani latihan penjara. kehkeh. Ayu dapat harungi semuanya sampai lah ayu dapat buat presentation tanpa rasa apa-apa. Confident semacam. Mungkin tu presentation terakhir ayu untuk diploma ni. Ayu buat habis baik. Alhamdulillah :') 

Gambar semua di tempat LI baru. :



*making final audit report* 


*ISketam dan APISNANO ( bukan nama sebenar)*


*akak esyaaa omel omel, uhuk uhuk*



*ziera, my team-mate during practical*




*Beseronok-ronok selepas presentation LI*




*Classmate since semester 1 until 5*



Okay cukup la sampai sini entry untuk kali ni. Ayu sudah beyyyybassss. hikhiokkk. Salam :)
Older Post | Newer Post